Etika berpakaian dan apakah yang anda perlu pakai?
Kami ingin menyentuh mengenai pakaian para calon pada hari interview. Memandangkan panel penemu ramah ialah pensyarah PSA, mereka sering mengeluh yang calon lelaki yang lepasan SPM kebanyakannya mempunyai rambut yang berfesyen dan panjang.
Ramai juga calon yang ditolak bulat-bulat hanya kerana gaya rambut dan rambut panjang. Anda kini selangkah di alam kerjaya, anda perlu tahu yang majlis rasmi seperti ini dan lebih-lebih lagi ingin melanjutkan pelajaran dalam lapangan kejuruteraan, rambut mestilah sentiasa kemas, pendek, rapi dan disikat sama ada ke belakang atau tepi. Fesyen rambut layer, Korea, spike, Mohawk, gothic dan berwarna(dye) pula adalah sama sekali dilarang dalam mana-mana sesi temu duga. Ingat, pandangan pertama (first impression) seorang penemu ramah terhadap anda adalah sangat penting.
Selain itu juga, pemakaian mestilah yang kemas dan elok. Ini adalah sesi temu ramah dan bukanya majlis berkabung, penggunaan warna gelap terutamanya hitam adalah tidak digalakkan. Ini termasuk juga buat calon perempuan. Bagi calon lelaki, penggunaan bow tie dan tie nipis dan halus serta kemeja berjalur warna warni (ala-ala clubbing) memang tidak boleh sama sekali. Pernah sekali kami terlihat calon yang hanya memakai t-shirt polo dan diikat pula dengan tali leher.
Bagi calon perempuan, anda mestilah menjadi tumpuan di PSA nanti. Dengan nisbah 100 lelaki dan 1 perempuan, anda mesti mendapat perhatian jejaka PSA yang sengaja buat-buat berdiri, duduk-duduk, berlegar-legar di perkarangan lobby, cakap guna handphone kuat-kuat, sengaja keluar masuk lobby admin dan sebagainya. Calon perempuan yang bukan Muslim, hendaklah memakai pakaian yang sopan dan yang calon perempuan Muslim mesti lah kena lagi bersopan dan menutup aurat.
Selepas temuduga
Selesai sahaja anda menduduki ujian IQ dan temu duga, keputusan layak masuk ke PSA dan surat tawaran masuk universiti akan dikeluarkan secara online. Ini mungkin mengambil masa kira-kira 3 minggu hingga sebulan ataupun lebih selepas tamat tempoh temu duga. Oleh itu, senantiasa lah menyemak status permohonan anda lagi sekali dari masa ke semasa.
Kesimpulan
Kesimpulannya, sebelum menghadiri mana-mana interview, sila pastikan anda membuat persediaan yang secukupnya. Persediaan yang terbaik adalah dengan datang awal daripada waktu bermula. Ini bagi menghilangkan tekanan dan stress anda sepanjang perjalanan dan juga mengurangkan perasaan gugup dan takut menghadapi panel penemuduga.
0 comments:
Post a Comment